Beberapa fakta tentang My PDF Kit

Siapa kami?

Berpangkalan di Barcelona, sejak 2010, My PDF Kit menawarkan alat mesra pengguna yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menjimatkan masa mereka dengan PDF.

Apa yang kami buat?

Laman kami memberikan pengguna alat kit percuma untuk membuat pelbagai jenis suntingan kepada fail PDF. Apa yang bermula sebagai sebuah laman web ringkas untuk menggabung dan memisahkan PDF; hari ini, ia menawarkan lebih daripada 25 alat untuk mengatur, mengoptimumkan, mengedit, menukar dan menjamin keselamatan PDF.

Membantu jutaan orang di seluruh dunia

My PDF Kit telah membina komuniti berjuta-juta pengguna dari seluruh dunia, menggunakan 25 bahasa dan telah memproses lebih daripada 500 juta fail.

My PDF Kit Mobile

Pada 2017, kami telah melancarkan Apl My PDF Kit Mobile untuk menjadikan alat kami dapat diakses untuk semua pengguna mudah alih bagi menyunting PDF di mana sahaja.

My PDF Kit Desktop

Dalam usaha untuk menjadikan My PDF Kit sesuai untuk Perniagaan dan Syarikat, kami melancarkan aplikasi My PDF Kit Desktop pada 2018. Aplikasi desktop kami berjalan secara luar talian dan memproses fail sulit secara tempatan.

Kemas kini secara kerap

Pada tahun 2018, kami juga mereka bentuk semula laman web kami. Pengguna dapat menikmati lebih banyak aliran kerja yang lebih mudah, peningkatan had tugas, lebih banyak alat dan dan perkhidmatan Premium yang diperluaskan termasuk versi Desktop kami.

Woops! Sesuatu tidak kena dengan sambungan internet anda...